Masa doc kata Sarah nak kene masuk NICU,perkara pertama terlintas dlm fikiran aku adalah 'serius ke keadaan anak aku ni?' yela NICU tu sendiri bermaksud 'Neonatal Intensive care Unit. Tp doc convince aku kata sarah x serius,utk pemantauan sampai dia kencing.Doc akan bg supplemen (susu formula) kt dia utk bg dia kencing mamandangkan susu badan awal bersalin ni mmg x brapa nak kuar. Cik B aku mmg byk susu cuma mcm sumbat. Stat dr hari ke dua tu, berulang la aku dr Wad di tingkat 4 ke NICU kat tgkat 2,stiap 3 jam untuk susukan Sarah.Sebenarnya leh je aku biar doc bg dia susu formula,tp naluri keibuan kot buat aku tetap nak susukan Sarah. Dalam keadaan aku br bersalin, luka bedah tak kering lagi, ditambah dgn katil ngok ngek kat spital yg palang dia lg tinggi dr tilam (rasa mcm lompat pagar stiap kali trn katil..huhu), mmg sgt mencabar.boleh je nk suh nurse sorong aku dgn kerusi roda, tp diaorg prefer aku jalan pelan2 ke NICU. Aku siap set jam utk bgn malam2. Tak ramai ibu yg trn menyusukan baby,ada nurse siap merungut,ada ibu x dtg2 langsung jenguk baby.kesiann.
Pegi NICU,mmg hati akan tersentuh.Baby dibiarkan melalak dalam inkubator/baby kot/bawah lampu (utk sakit kuning) sampai la berenti nangis.Ada baby kecik giler,saiz tapak tgn. Masa tu aku cukup bersyukur Sarah dilahirkan besar. n Sarah setiap kali aku trn utk susukan, tak penah menangis. tido ajer. siap aku kene kejutkan. Kat situ br aku diberitahu boleh pump susu dan tinggalkan. Kat wad pun ada pam. maka bermula plak sesi pam susu ibu. Susu aku dah bengkak, rasa sakit yang amat mcm nk demam. Nipple lak bengkak bila aku mula pam susu guna pam letrik kat spital tu..serius sakit...stiap kali sarah nyusu terketap2 bibir aku tahan sakit. Tapi demi anak,n demi nak kurangkan bengkak payudara, aku tahankan.kdg smpai menitis air mata.Susu perahan tetap aku tinggalkan utk sarah walaupun sikit. Hari ke3, Akhirnya nurse bgtau mlm hari kedua sarah dah kencing. Masa tu aku trus bersyukur pd Allah. Doc masih nk teruskan pemantauan pada sarah sehingga hari ke lima. Org yg lawat aku masa tu suma x dpt tgk baby. Aku plak sedar tak sedar dah 3 hari x mandi disebabkan sibuk ulang alik ke NICU, balik wad dok pam susu. Amik masa yg lama utk dptkan susu.kdg sampai 2 jam aku pam.sejam lg aku gunakan masa utk makan,rehat.badan aku sgt2 penat. Husband aku plak terpaksa balik rumah disebabkan abg dia sekeluarga dtg tido kat rumah aku.huhu.Hari ke 3, aku bantai mandi sendiri tanpa bantuan sesiapa, siap syampu rambut sumer, kemudian aku lelap kejap.Pagi tu mmg aku terlepas nyusukan sarah. Doc sure bg dia susu formula.huhu..hari ke4, perkembangan sarah makin bagus, dia dh kerap kencing.
Hari ke 5, aku diberitahu boleh kuar wad,cuma sarah perlu ditahan di wad pemantauan neonatal yg dipanggil K5. memula aku agak excited, tp lps masuk wad tu, aku rasa nak nangis. Wad tu tersangatlah tidak selesa, dan segala2 mesti dilakukan sendiri.utk ibu baru seperti aku, mmg agak tertekan dan kelam kabut.Masa tu la aku praktikkan urus baby lps mandi, cuci tali pusat, bedungkan baby, salin pakaian,dan nyusukan dia sepenuhnya.sbb lampin dia perlu ditimbang utk pemantauan. Kat wad tu aku leh umpamakan mcm berek askar pagi2 ibu2 beratur utk mandikan baby, timbang, tukar lapik tilam, bedung dan pakaian. keadaan wad sesak dgn katil disusun rapat2, wad kayu tanpa aircond, malamnya lampu dibuka seterang-terangnya. satu baby nangis, mmg byk la baby lain terjaga. sgtlah tak selesa. Selesa lg di wad bersalin. Malam tu sarah x mau tido, melalak ajer.menyusu plak dekat 2 jam 1 sesi.nak patah pinggang aku.aku rasa nak nangis.Aku peratikan, mak2 kt situ x smpat nk mandi pun sbb xde sapa nk tggkkan baby.Nurse plak x brapa mesra alam. asyik dok kat kaunter jer..Aku msg syahir kata aku nk kuar wad memandangkan sarah dah nampak ok.
Esoknya masa doc dtg buat pemeriksaan, aku tanya apa sebenarnya status sarah. Dia mcm keberatan utk explain kat aku sbb katanya takut aku tak paham.siap tanya aku keje apa. Mcm dia pandang rendah kat aku. Aku bengang punya psl trus ckp aku keje apa dalam bahasa inggeris dan trus ckp bahasa inggeris dgn dia. Lps tu br la doc nak explain. Katanya, di NICU scan yg dilakukan terhadap buah pinggang sarah nampak mcm ada something. Diaorg nak teruskan dgn ultrasound. Tp nk dptkan appoinment ultrasound hanya boleh dilakukan semasa office hour. Masa tu cuti ganti krismas. Walaupun sebenarnya keadaan sarah mgkin boleh normal kalau dia terus kencing secara normal sbb dia kecik lg, tp doc x mau amik risiko biarkan, tkt kot ada masalah buah pinggang sarah x leh proses protein.Aku terus ckp kt doc.kalau stakat nk tunggu appointment, aku leh tunggu kt umah.x perlu dok kat wad ni. Sarah pun dah kencing secara normal. Doc akhirnya benarkan aku dan sarah kuar wad lps mkn tgh hari. Lega aku rasa. aku yakin, duduk di rumah lebih selesa.Ada ahli keluarga yg bantu. Dipendekkan cerita, dari hari isnin aku kuar wad, hari jumaat baru dpt tarikh appointment ultrasound. tu pun bulan 5. Bayangkan la kalau aku trus dok wad. Ada yg gila meroyan plak nanti.dahla org lain x leh lawat kecuali suami.huhu..
Aku trus dok umah ibu sampaila hari ke 40 pantang.Lps kenduri akikah sarah pada hari ke 40, aku terus dok umah sendiri.Bermula la cabaran sebagai ibu yg uruskan sendiri sarah memandangkan aku berdua je dgn sarah (dengan cemong) kat umah bila syahir gi keje.. hari makin hari byk benda aku blaja cara urus baby. Sarah umpama seorang Raja yg mesti dipuaskan hatinya.Kene make sure dia sentiasa selesa, kenyang, sihat. Hingga kini, aku dan syahir masih belajar menguruskan Sarah. Aku harap kami akan berjaya menjadi ibu bapa yg baik, dan dpt membesarkan sarah dengan sihat dan sempurna. Sarah kini jd priority kami. semua yg kami lakukakn mesti mengambil kira Sarah dahulu.
Buat Sarah: ayah ibu amat sayangkan Sarah walaupun kdg2 hilang sabar bila Sarah buat perangai. Namun, kata2 dr nenek yg mengatakan 'Jgn marah Sarah, dia ada perasaan, cuma x dapat nak cakap jer" trus ubah sikap ibu.ibu kini lebih sabar berbanding awal2 dulu. Sarah permata hati kami.
Sekian.