Sunday, February 12, 2012

Rumah Idaman

Dalam cuti bersalin kat umah sendiri ni,selain busy dgn baby,aku amik peluang gak utk rehat2.Tak banyak benda leh buat sesamil jaga baby Sarah sbb aku tinggal berdua je dgn Sarah.Sarah tak leh ditinggalkan lama tanpa pengawasan.Nak harapkan si Cemong,mmg x leh aa.paling2 dia tido je dekat Sarah atau ngiau kuat kalau ada org dtg umah.tu pun kalau org yg dia kenal jer..org lain,haramm.So, nk tgk tv pun x leh hadap sgt.Cara terbaik adalah tgk DVD yg boleh pause bebila masa je.

Bebaru ni aku br je habiskan tgk siri cite Korea tajuk Full House utk yg keberapa kali tah..ada 4 kali kot aku tgk citer tu sejak abis blaja kt UTM dulu. Selain pelakon, dan jalan cite yg best, perkara yg buat aku suka tgk cite tu adalah rumah Full House dalam cite tu.Leh kata ciri2 rumah idaman aku sumer ada kat umah tu.Antara cirinya:

a) takde pagar dan rumah sebuah.
b) moden tp tetap ada ciri2 tradisional contoh ada pagar kayu,bench, dan lain2.
c) tepi laut dgn laman luas.
d) dinding banyak kaca dan byk tingkap.
e) perabot tidak terlalu banyak dan tiada karpet (umah aku skang pun xde karpet)
f) Dapur ada 'island'.
g) bilik air berasingan dengan sinki.
h) tingkat atas boleh tinjau tingkat bawah.
i) meja kerja menghadap pemandangan luar(dinding kaca)
j) ada bilik khas untuk wardrobe
k)ada buaian kat laman.
l) lokasi bukan di tgh2 bandar yg sesak.

kengkononnya pelakon 2 org tu aku dgn cae la..Sarah dlm umah.hehe.tang basikal tu,dedua patut MTB psl bike aku MTB.bukan bike pompuan mcm tu.


aa, kalau nk disenaraikan mmg byk tak terkata la.tu blum aku explain details lg..tp tula, mana la nk dpt umah mcm tu yg mampu milik kat KL/Malaysia ni. Skang ni dok kat umah mcm aku duduk, rumeh teres 2 tingkat di pinggir bandar pun da cukup bagus.Depan umah mak aku plak tu.hehe..tp tak salah berangan kan, mana tau jadi kenyataan..Aminnnnn

No comments:

Post a Comment