Wednesday, April 25, 2012

Kurap Susu oh Kurap Susu

Masalah Kurap susu ni biasa berlaku di kalangan bayi yang menyusu susu ibu. dia mcm ruam yg tumbuh kat pipi..Kurap susu ni kalau tanya kat doktor mmg doktor kata takde ubat, biar je baik sendiri. Tapi hati kita ibu ni mmg tak sanggup la nak biar jer.Kesian baby tu gatal2 muka dia (gatal ke? ntahla, baby tak tau cakap). Mcm Sarah lps balik umah dalam seminggu (sbb aku dok hospital 5 hari), mula naik ruam2.memula teruk sampai leher, muka penuh ruam.lps letak tepung ubi yg disangai, tinggal kat pipi jela.punyela degil ruam tu (yg akhirnya dikenali sebagai kurap susu) tak hilang2 walau bubuh apa pun. skang siap melepuh dan kuar air bisa sbb sarah suka gonyoh2 muka dia..

Kalau ikut kata doktor yg aku jumpa utk ubatkan kurap susu sarah, dia kata ada krim utk hilangkan rashes tp kandungan chemical kuat sangat dan dikhuatiri menyebabkan parut/tompok putih pada muka baby bila baik nanti, plus, kandungan krim tu berbahaya kalau dimakan oleh baby. baby kan suka usik2 muka dan masuk tgn dalam mulut. Sbb tu doktor senang ckp takde ubat. So, bila dah takde ubat, bergantung pada petua dan cara tradisional la utk ubatkan. Berikut cara tradisional/petua yg org bgtau kat aku.

a) Sapukan susu ibu pada kurap susu tu, dan bersihkan. Sbb kurap susu terjadi disebabkan kulit bayi kene susu ibu yg penuh sel hidup.bila dibiarkan, sel tu mati dan jd tpt bakteria membiak. So, sel hidup dalam susu ibu jugak la yg boleh mematikan kuman kurap susu.

b) sapukan air liur mak lps bangun tido (sebelum gosok gigi yer) ke kurap susu tersebut.

c) mak/ayah kene jilat kurap susu baby lps bangun tido tanpa rasa ragu2. kene yakin dan tak geli.

d) sapu gincu (erkk??)

e) Lap pipi bayi dengan tisu basah setiap kali lps nyusu.

Tapi kulat susu ni mmg degil,mcm sarah dah 2 kali pipi dia clear tp then kurap susu bertandang balik..siap luka melepuh sbb digonyoh.. kami jaga juga lah utk pastikan dia tak gonyoh, pegang tgn dia, masukkan tgn dalam seluar, bedung masa tidur, tp slalu terlepas jugak la tgn dia gonyoh muka.kalau pegang tgn, dia gonyoh plak kat mana2 yg smpat, contoh tudung aku, baju aku, bantal dia, tilam dia (masa meniarap). haiii.. cepat la besar sarah, supaya kurap susu boleh baik sendiri. ibu try mcm2 dah..huhu

7 comments:

  1. Petua yang menarik

    selain itu
    Cuba amalkan Minyak Kelapa Dara
    banyak kegunaannya
    boleh dapatkan disini
    mudah mudahan membantu

    ReplyDelete
  2. salam....

    Anak saya mengalami masalah yg sama... Sarah dah ok? n pakai ubat apa yer?

    Saya dah try mcm2... kejap baik, dah nk kering baby garu balik sampai berdarah....

    Saya pon fully breastfeed..

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Alhamdulillah sarah dah ok sikit.tak teruk sgt dah kurap susu nya. leh rujuk kat entry ni http://iamdedeqz.blogspot.com/2012/12/mengendalikan-bayi-eczema.html

    ReplyDelete
  4. try elomet atau ezerra cream.. Insya Allah ok.. kurap susu.. ubat ni mmg kuat tapi pakai sekejap je takde masalah pon.. dari biar pipi anak tu merah n tergonyoh2 kan.. try ler beli kat memana farmasi.. mmg ada.. elomet ada steroid, ezerra takde.. tp both mmg insya Allah excellent.. saya slalu prescribe kepada parent yang datang mengadu anak ada kurap susu.. alhamdulillah.. 2-3 hari they came back with a very positive comment..

    ReplyDelete
  5. Tq.currently guna Mogoo. Saya nak bli ezerra, tp pharmacist kata Mogoo lg ok.termakan kata2 dia.

    ReplyDelete
  6. Anak sy pon ada masalah kurap susu ni..sy sapukan econazine..tp klo tyn doctor dia tk bg sbb econazine akn buatkan kulit bayi bertompok2..smpai skrg al taqeef still ada kurap susu on n off..kesian tgk pp dia merah!!

    ReplyDelete