Monday, August 27, 2012

PENYIMPANAN DAN PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN

Salam kepada pembaca (ada ke pembaca? hehe) Dah lama aku tak update blog ni.da agak bersawang da.kalau umah ntah da ada lelabah.. anyway, entry aku kali ni akhirnya bukan psl makan.kalau tak asyik makan jer kan..maklum la hobi.

Kali ni aku nak cite psl penyususan susu ibu kepada bayi. Sejak Sarah dalam kandungan lagi aku mmg dah nekad utk breast feed (bf) dia. sebab utamanya adalah seperti berikut:

a) Mak aku mmg tak bf anak2 dia sbb Nipple dia tenggelam masa melahirkan. jd aku anggap tu takde rezeki aku adik beradik. Aku bimbang gak ntak aku pun x mampu, tp masa kandungan 7 bulan, aku terperasan yg cik B aku ada susu dah. masa beranak pun cik B bengkak2, nurse kata susu banyak, so baik bf je kan.buat apa nak bazirkan susu yg ada, hehe

b) Nak jimat duit beli susu tepung. Tau jela susu tepung ni mahal mak jah oiii...setin je aku tgk dah rm50++..isk isk.. dah dok KL dgn gaji tak seberapa, elok lah aku berjimat..

c) Aku ni semput. aku baca dalam majalah kata baby kalau diberi susu ibu leh melambatkan dia nak kne semput. semput aku ni keturunan. nak tak nak aku kne redha kot la sarah kene semput. Tapi aku tak mau la dia kene masa baby. Bayangkanla baby yg tak tau apa, tetiba semput, kita serkup plak idung dgn mulut dia dgn corong gas semput tu.sure ngamuk kan..isk..tak mau la aku.kesian..plus Susu ibu ni adalah susu terbaik utk baby. Anak aku plak ada ekzema, lagi la aku tak mau campur formula milk. sbb tak tau ntah apa benda dia alah lagi.

d) Dah mmg tu hak anak aku.dalam Quran dah disebutkan, susukanlah bayi sehingga 2 tahun.So aku bg dia hak yang dia patut dapat la..Doakan aku berjaya susukan dia sampai 2 tahun ek..

Pengetahuan aku tentang penyususan susu ibu ni byk aku dpt dr pembacaan. Plus ada gak yg nurse kat spital ajar masa beranak dgn kelas antenatal. Pastu akak sepupu aku ajak join Kumpulan ibu Menyusukan (KIM) kat FB. byk aku blaja dr situ la.selainnya pengalaman. Aku nye stail penyusuan mmg low cost. tp tu aku cite lain kali.Kali ni aku nak share cara penympanan dan pengendalian Susu Ibu. Bkn apa, aku rasa ilmu yg aku dapat dari FB KIM sangat2 bagus utk disebarkan. bygkan la, aku yg dah nyusukan anak aku selama 8 bulan pun ada silap teknik. So, elok aku sharekan kat sini. Harap admin KIM tak marah aku cedok ilmu ni kat depa utk disebarkan. Ibu-ibu sekalian, slamat membaca =)

http://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/doc/184956961531706/

EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu
Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.

* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?

* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

- picture from mama Muzfirah @ http://mom2muzz.blogspot.com/2009/12/storing-breast-milkthawing-frozen.html

FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan

- pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)

(sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
(selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam
Deep freezer, tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

http://www.mybabyahmad.com/
http://irrfiqa.blogspot.com/
http://www.momschoice.com.my/blog
http://whenmayend.blogspot.com/
==========================================================

Teknik betul beri SIP(susuibu perahan) oleh pengasuh
Oleh Masmarissa Ciut · Terakhir di sunting hampir sebulan yang lalu · Edit Doc · Padam
Susu ibu adalah makanan bagi bayi dan kerjasama pengasuh amat diperlukan sepanjang 2 tahun tempoh penyusuan.Panduan ini perlu kita berikan kepada pengasuh diharap sedikit sebanyak dpt membantu mengendalikan penyusuan bayi dgn baik.

  1. Elakkan memberikan SIP ketika bayi menangis.bayi mungkin hanya memerlukan perhatian pengasuhnya.
  2. Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya.Berikannya SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut dan bukannya mengikut jadual.
  3. Berikan bayi minum secara menegak dan kepalanya diampu menggunakan tangan dan bukannya lengan.
  4. Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.
  5. Jangan tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dlm mulutnya.
  6. Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.
  7. Bayi yg akan menentukan bila dia patut berhenti minom. Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada dlm botol.
  8. Jika bayi kelihatan gelisah,minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP yg ada didlm botol.
  9. Pada waktu-waktu peralihan bulan (growth spurt) seperti usia bayi 3 bulan dan 6 bulan,lbh byk SIP diperlukan bagi membantu pengasuh mengawal keadaan bayi yg mungkin kerap meragam.


Sumber Majalah PA&MA
===========================================================
TEKNIK MEMERAH SUSU
By Yana Naim Sofea in Kump. Ibu2 Menyusukan
Memerah dengan tangan

  1. Memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
  2. Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
  3. Sediakan bekas yang bersih dan steril
  4. Lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
  5. Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  6. Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
  7. Melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
  8. Tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu - buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
  9. Tekan payudara ke belakang ke arah dada
  10. Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
  11. Teruskan memicit sehingga susu keluar
  12. Perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
  13. Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
  14. Tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
  15. Ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
  16. Tukar ke payudara yang satu lagi
  17. Urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
  18. Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
  19. Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara



 Memerah dengan Menggunakan Pam

 Baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
  1. Basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
  2. Basuh tangan dengan bersih
  3. Duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  4. Rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
  5. Posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
  6. Mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
  7. Boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
  8. Pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
  9. Masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)
 
Panduan-Panduan Lain

  1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
  2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
  3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
  4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
  5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (mimic baby' s suction)
  6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
  7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
  8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

5 comments:

  1. tahniah....itulah anugerah yang terbaik menjadi seorang ibu...boleh jg ambil supplement vitamin untuk memperbanyakkan susu badan... http://sihat-sihatsokmo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. TQ sis. akan saya lihat page tu.

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang sangat menarik. Sekarang ni, ramai ibu-ibu yang suka ambik jalan mudah. Baby tak nak menyusu badan, cepat je suakan dengan susu formula.. Kesian baby.

    Saya pun ada berkongsi mengenai penyusuan ibu di http://umminiena.wordpress.com. Jemputlah menjenguk yer. Mana tahu boleh berkongsi pendapat, sebab saya suka penyusuan bayi ni. ��

    ReplyDelete
  4. salam sis..nk tanya ckt. klw susu yg disimpan pada pintu freezer blh tahan brapa lama ye?

    ReplyDelete
  5. salam singgah..tenkiu sharing kite nk mohon dikongsi bersama ya :)

    ReplyDelete