Friday, June 14, 2013

Percutian Keluarga Ke Kuching, Sarawak - Part 1: Airport

Salam,

Agak2 sikit lagi nak bersawang blog aku nih. Lately ni aku agak busy dengan keje. Leh dikatakan kat tpt keje aku ni mcm kete 4 tayar yang dah tinggal 1 tayar (eh, ada ke kete yang bukan 4 tayar??) Sbb sorg pegawai cuti sakit utk tempoh yang agak panjang. Jadi beban keje tu kene dibagi secara adil lah..huhu..Dah berapa hari gak aku balik tak nampak matahari ni.

Oklah, kali ni aku nak citer pasal percutian Keluarga aku di mana percutian ni diketuai oleh mak ayah aku dan disertai oleh semua anak, menantu dan cucu. Bunyinye mcm banyak je kan.padahal semua 10 org je pun termasuk 2 baby.hehehehe. Percutian ni dah dirancang oleh ayah aku sejak bulan 4 lagi dengan bantuan abg aku. Thn 2011 ada gak percutian ni, tp aku tak dapat join saat akhir sbb didapati sarat bunting pada hari kejadian. (lps tempah tiket flight bulan 3 baru aku tau aku pregnant, flightnyer bulan 11). Harusla takleh gi kan walaupun aku merayu gak kat doctor aku utk bg surat pelepasan. Dia sound aku dgn cakap 'nanti u beranak atas kapal terbang mcm mana??. Aku plak dlm ati cakap, sure la anak saya nanti dpt tiket free sepanjang hidup..hehehehe. Akhirnya aku dan Cae hanya mampu jadik drebar diaorg anta gi airport pegi balik. sob..sob..

Ayah aku bg 2 pilihan sebenarnya kat aku. Nak gi Sabah ke Sarawak? disebabkan aku tak penah jejak kaki ke Sarawak, maka aku pun pilih Sarawak. So gedebak gedebuk tarikh percutian ditetapkan pada 6-9 Jun 2013. Disbb kan besday aku 5hb, so skali la celebrate besday aku kat sana.Abg aku merangkap pegawai projek percutian telah mengarahkan sume ahli kluarga yang bekerja amik cuti siap2.Dia gak yang uruskan pengangkutan pegi balik airport dan di Sarawak (maceh Adi..). Ayah aku plak selaku pengarah urusan percutian, dah siapkan tentatif program percutian kami. Details uuuu. Utk percutian kali ni kami naik Malaysia Airlines (MAS) yang cemerlang.hehehe..Cemerlang sbb ada makan disediakan dan jarang delay secara melampau. Abg aku awal2 lg siap pesan jgn lupa bwk IC dan My Kid Sarah. So benda tu la yang aku make sure ada. Spender tinggal takpe ye, tp jgn IC tinggal.kekeke

Flight abg aku tempah awal pagi jam 8.15 pagi. Asalnya kami plan nak gi kul 6 pagi tp drebar van nasihatkan elok gerak plg lewat kul 5.30 pagi dan subuh di airport. Awal tuuuu... disebabkan agak bz dgn keje, aku mmg tak sempat packing. Sehari sblm bertolak tu plak besday aku, ayah ajak makan kat luar, kira sambutan pre-besday aa.. takkan nak tolak kan, org blanje makan.kekeke.. sudahnya penat punya pasal, aku tidokan Sarah dan tido dulu kejap mlm tu, kul 12.30 pagi aku bgn dan packing. Cae plak demam truk malam tu sampai aku pikir nak bwk dia gi spital da. Disebabkan kami bwk stroller baby, so aku pikir agak tak bijak kalau nak bawak bag sorang satu. Kang macam mano nak angkat?? so aku pun packing sepadat2 nya dalam 1 beg besar, dan bwk satu sling bag isi brg keprluan Sarah dan kami yang on the go. Pampers Sarah jer dah penuh suku beg. sesambil tuam Cae, kul 2.00am gak la br siap packing. huhu.Suhu bdn Cae pun turun so kami pun tido.Tp takleh tido sgt.Mgkin sbb teruja agaknye.hehe.

Dalam kul 5.10am minit camtu kot Van sampai.Kali ni aku sekeluarga agak cemerlang sbb dah siap packing n dah siap mandi.Slalu kalau ayah ajak kuar, ayah ibu dah masuk kete, aku dok kelam kabut br nak mandi.kekekeke. Sarah masih tido. Kami angkut je dia masuk van dengan tak mandi tu.Dalam van, dia jaga plakkkk.Rayyan anak buah aku dah siap mandi da. Takpela, dia lemak tebal.Sarah kurus kering jer.nanti gigil.kekeke.alasannnnn..Dlm van Sarah dok dengan Mak Long dia. Cae plak nampak dah sihat sikit pagi tu.lega akuu..

Kami sampai airport lebih kurang jam 6.30am kot. Agak ramai org kat Airport sbb musim org gi wat Umrah. Kat kaunter check in punya la panjang beratur, so kami pun tanya la kat sorg staf airport sama ada stroller yg kami bwk leh masuk kabin ke tak? mcm yang aku bwk jenis boleh lipat (pinjam Cikein punye) aku tau mmg leh, tp yg anak buah aku pakai, tak sure sbb jenis yang biasa tu. So mcm ni la perbualan dia.Cekideout!

Aku: Ramainya org ye..Tumpang tanya, stroller mcm ni (sambil tunjuk kat stroller anak buah aku) leh bwk masuk dlm kapal terbang tak??

Airport Staf: yang ni kene check dengan staf kat Check-in. Saya tak pasti sebab saya masih baru. So Cik kene check dulu lah.Cik boleh gi ke kaunter sana tu. Tak yah beratur kat sini.Hari ni busy sket sbb ramai org gi umrah

Aku: ok nanti saya check.

Airport Staf: Tapi hari ni baby tak leh naik kapal terbang.(muka serius)

Aku, Cae, Shima: Apa???? (mode panik n terkejut)

Aku: abis tu camne ni. Kalau baby tak leh naik, camne? (masih mode panik)

Airport Staf: (tetiba senyum) Saya gurau je. Cik leh gi kaunter sana yer..

Aku, Cae, Shima: (tak tau nak cakap apa)

Boleh dia wat lawak bodo camtu.yang kitorg plak mungkin masih mamai sbb bgn awal, siap pecaya apa dia cakap. Tipah Tertipu!!! huhuhu. Tapi berterima kasih gak kat mamat tu sbb dia suh kami ke kaunter khas utk penumpang yang bawak baby.So, tak yah la beratur panjang (maceh bang..)

Dalam kul 7.15am, siap proses check in dan siap solat, ayah trus ajak gi sarapan pagi . Kat sana beratur lg utk bli makanan. Gedebak gedebuk kul 7.40am ayah dah ajak gi pintu pelepasan dalam negeri. Kami mmg confident gile pintu tu akan lengang seperti biasa. Sekali.............

 Tu diaaaaa... panjang giler barisan. Sila imagine ye kedudukan Cae, Shima dan Sarah ni adalah ditengah2 jumlah panjang barisan..Kami mula risau..giler ko. Flight kul 8.15am hokayyyy..7.45 am Aku yang agak separa risau buat2 muka cool gi riki kat pintu pelepasan (tang polis jaga tu) kot la leh mntak simpati. Skali aku tgk ada satu family tergocoh2 gi situ dan mnta jasa baik polis yang jaga situ utk potong barisan sbb flight dia kul 7.50am.dan mereka dibenarkan masuk. Pengumuman last call pun dah kedengaran untuk flight tu.So, aku rasa rilek sket la..Aku patah balik kat ayah dan kata, kalau flight kita dah panggil last call kita tak lepas masuk gak, kita wat mcm diaorg. Ada gak staff airlines lain yang keluar kat situ untuk carik penumpang yang lewat. Akhirmya, kami sempat masuk..legaaaa...Sampai kat gate A5, trus beratur masuk flight.

 Org yang pegang baby, pramugara suh duduk di tepi tingkap.DIa siap bagi bantal dan selimut untuk baby

 Nampak mengantuk tak muka kami?Ngantuk tp excited.Dah lama i tak naik flight uu..
 
 Sarapan pagi yang MAS sediakan.Sedap woo nasik lemak ni..Masa tu aku rasa nyesal sbb makan  sebelum naik flight. Tak feel makan masa perut da kenyang.Tapi abis gak aaa..kekekeke

Sarah yang bucuk dengan Mak Long. Baik je Sarah dalam flight.Siap tido lagi.MAk Long pangku, ibu rasa bahagia.hahahahaha.. Disebabkan da kenyang, Shima tak mau makan. Pramugara plak igt dia tak mau makan sbb pangku baby. Banyak kali pramugara tu tanya Shima. concern sungguh.

 Aaa, yang ni lepas check IC kat kaunter imigresen kat Kuching International Airport.. Nuar n family tak lepas lagi. Tgk Sarah seronok plak.Seronok ye.Siap ko jap lagi aku mandikan.HAri ini dalam Sejarah, 1st time Sarah mandi kat airport.haha.Kami sampai dalam kul 11am kot.

 Sporting couple HAdi n Shima. Syok berjalan dgn depa sbb happening n they enjoying the vacation (terutama bab shopping yer)

 Nuar n family. RAyyan pun seronok.tp jgn tertipu yer. Dalam flight abis da dia melalak.sbb lepas tu setiap stgh jam dia melalak. Kesian dia tak sihat..
 Yang ni gamba masa nak balik.Saje aku ambik gamba sbb first time nampak MAS CAtering Laoding .


Timing kami sampai Kuching mmg cantik sbb dekat pukul 11.00pm. Gedebak gedebuk tunggu beg, gi tandas, tunggu Van yang disewa sampai, gerak gi Merdeka PAlace yang terletak betul2 tgh Bandar Kuching, dah boleh Check in kul 12.00pm lebih. AKu pelik, aik, kul 12.00 dah leh check in??? siap tanya ayah..Lupa yang timing sini cepat stgh jam dr semenanjung..haiyya..tahap kesedaran dan relevan aku agak slow laa..mgkin kurang tidoo..huhuhu

To Be Continue.....

Thanks for reading this entry.

12 comments:

  1. nk tnya...sewa van 1 ari brpe ek?sya & fmly nk ke sana bln sept nnt..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hello2...juz nak promote yer.. im chris adam from kuching sarawak.. juz nak bagitau yg i boleh tlg jd tourist guide korg,n sesape yg nk ke kuching sarawak.. rm230 utk 6jam,termasuk minyak n DRIVER , sekali kereta proton waja,kalau ramai,pakai kreta Alza. n driver i sendiri.. i blh bawa kemana sja yg u all nk pergi, or i blh intro tmpt yg best2, cth ::
    1; kampung budaya
    2: gunung santubong (jika ingin mengetahui sejarah puteri santubong,or ingin melihat bentuk gunong tersebut)
    3: serikin , tebedu / sempadan indonesia,barangan murah,sperti beg,baju,kraf tangan, buah tangan,smua murah2..n bnda yg korg xpernah lihat d tmpt lain..
    4:wind cave, fairy cave ,
    5: menikmati rumah bidayuh (baruk)..rumah iban (rumah panjang)
    6: tmpt picnic yg paling sesuai seperti (family park, jambatan merah, sungai rayu, sematan, lundu,
    7: jln2 d sekitar kuching,tmpt shopping,
    8: budget hotel,standard hotel,i boleh tlg cari..
    9: n nak kemane jer,i blh bawa..nk uturn,nk singgah,berhenti,up to u..hehe
    BANYAK LAGI SAMPAI XDPT NK LIST KAN.HEH ..
    sorry Aesya Zealous, i juz nk promote..kot2 nk pg kuching lagi kan? i blh bawa..dont worry,im friendly..love to make friend. N THANKS..U MAY CALL ME
    0149957036
    Adam.( your personal driver at kuching )
    facebook : chreez_devil88@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Menyediakan perkhidmatan kereta sewa&Airport dan hotel tranfer dan tour guide utk keTempat2 menarik di kuching sarawak..
    Waterfront dan Main Bazaar
    India Street & Masjid
    Kampung Boyan/Gersik
    Satok
    Pasar Serikin dan bnyk lg
    call saya di 6ber =01119192137 syam

    ReplyDelete
  5. Sewa van dengan pemandu sekali ke... Boleh bagi no contact van tak

    ReplyDelete
  6. Sewa van tanpa pemandu.Bawa sendiri. Kindly contact +60177086254 fauzi .

    ReplyDelete
  7. Best.... Nak pegi bulan december ni...
    Aper tempat yg mesti pergi di sarawak ni....

    ReplyDelete
  8. Leh refer kat entry seterusnya sis.banyak tempat patut gi.Kg Budaya Sarawak kami tak sempat pegi.

    ReplyDelete
  9. salam kenal.
    kat sana u ada tourist gurad x? boleh bantu kami? tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. X de kenal plak.sbb ayah sy biasa ke sana.jd kami jln sendiri.

      Delete